Wednesday, October 21, 2009

PROGRAM KELUARGA ANGKAT UMSKAL








Program ini telah berlangsung pada 09 hingga 12 Oktober 2009 yang melibatkan peserta seramai 32 orang daripada penuntut-penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan yang berasal dari Semenanjung dan Sabah telah berkampung bersama dengan keluarga angkat yang terdiri dari penduduk Kampung Sungai Bedaun.

Program ini dianjurkan olah Jabatan Belia Dan Sukan Labuan bersama dengan pihak UMSKAL, Labuan, JKKK Kg. Sg. Bedaun dan Persatuan Belia Kg. Sg. Bedaun, Selain dari itu tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai budaya kehidupan masyarakat setempat dari sudut kebudayaan, makanan ,sosial dan kehidupan seharian sepanjang bersama keluarga angkat.

Berbagai aktiviti sebagai pengisian program telah dilaksanakan seperti; Khidmat masyarakat, Sukaneka, Senamrobik, Ceramah agama dan Malam Ria.

Tuesday, August 11, 2009

ANUGERAH DESA CEMERLANG





Pada 25 Julai 2009 Penilaian Anugerah Desa Cemerlang untuk Kampung Sungai Bedaun telah diadakan di Balairaya Kampung Sungai Bedaun. Sebanyak 25 Kampung di Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Program ini dan Kampung Sungai Bedaun adalah Kampung yang pertama dinilai oleh para hakim yang terdiri dari:

1. Perbadanan Labuan
2. Jabatan Kesihatan Negeri

3. Jabatan Pelajaran

4. MARA

5. Jabatan Agama Islam

6. Jabatan Belia Dan Sukan


Aspek-aspek yang dipertandingkan iaitu:

1. Aspek Kepimpinan

2. Aspek Pendidikan

3. Aspek Kerohanian dan Sivik

4. Aspek Teknologi Maklumat

5. Aspek Ekonomi

6. Aspek Kebersihan dan Kesihatan

7. Aspek Keceriaan dan Keindahan

Thursday, July 9, 2009

PROGRAM "APA KHABAR ORANG KAMPUNG"





Program "Apa Khabar Orang Kampung" bersama YB. Datuk Hj. Yussof Bin Hj. mahal Ahli Parlimen Labuan anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Sungai Bedaun W.P. Labuan dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Labuan akan diadakan pada hari sabtu ini 11 Julai 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun

Aturcara Program :

7:00 Pagi - ketibaan penduduk kampung dan jemputan
7:30 Pagi - Ketibaan YB. Datuk Hj. Yussof Hj. mahal dan isteri
- Senamrobik
- Minum Pagi
- Pameran dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Agensi Antidadah Kebangsaan dan
dari Jabatan Kesihatan Negeri.
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Perlawanan tarik tali lelaki
- Perlawanan bolasepak wanita 7 sebelah

Aturcara Majlis Penutupan:

7:30 Mlm - Ketibaan penduduk kampung dan jemputan khas
8:20 Mlm - Ketibaan YB. Datuk Hj. yussof Hj. mahal Dan Isteri
- Lagu Negara Ku dan Lagu Wilayah Persekutuan
- doa
- Majlis makan malam
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Pelaksana
En. Sahari Amdan
- Ucapan Ketua Kampung Sungai Bedaun
KK. A. Latiff Amdan
- Ucapan perasmian oleh
YB. Datuk Hj. Yussof Hj. Mahal (Ahli Parlimen Labuan)
- Pelancaran Laman Blog JKKK Sg. Bedaun
- Sesi Dialog
- Penyampaian hadiah dan cabutan tiket bertuah
10:30 Mlm - Majlis selesai.

KEPADA WARGA KAMPUNG SUNGAI BEDAUN DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN PROGRAM "APA KHABAR ORANG KAMPUNG"

MESYUARAT UMNO CAWANGAN SUNGAI BEDAUN





Pada 25 Jun 2009 jam 8:00 Malam bertempat di balairaya Kg. Sg. Bedaun telah berlangsung mesyuarat UMNO Cawangan Sungai Bedaun dan ke tiga-tiga sayap UMNO Cawangan iaitu Puteri, Pemuda dan Wanita.

Wakil dari UMNO Bahagian iaitu Tuan Hj. Kula Bin Abdul Ghani yang menyaksikan persidangan Cawangan

MAJLIS PERKAHWINAN PUAN HARTINI HJ. BAKAR




Pada 28 Jun 2009 yang lalu, majlis perkahwinan Puan Hartini Hj. Bakar telah berlangsung dengan pasangannya Encik Ismali Bin Ismail yang berasal dari Kampung Tanjung Aru W.P. Labuan.

Majlis akad nikah telah berlangsung pada hari Sabtu 27 Jun 2009 oleh Ustaz Mingu Bin Hj. Matnoh.

Berbagai acara telah di selitkan sempena majlis perkahwinan ini antaranya:

Perlawanan Dart berpasukan
Pertandingan karaoke
Persembahan Kumpulan Warisan Budaya Kg. Sg. Bedaun

Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu YB. Datuk Hj. Yussof Hj. mahal Ahli Parlimen Labuan dan Isteri.

MAJLIS PERKAHWINAN SUSANTI BINTI AHMAD



Majlis perkahwinan Puan Susanti Ahmad yang berlangsung pada 21 Jun 2009.

Wednesday, May 27, 2009

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN



Sambutan Hari Belia Negara 2009 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 24 Mei 2009 bertempat di Dewan Konvensen Ujana Kewangan Labuan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal.

Sempana sambutan ini juga berlangsungnya penyampaian bagi penerima-penerima anugerah belia perdana katagori:

1. Kepimpinan penerimanya En. Muslim Bin Mustapha (Pengerusi Persatuan Belia Kg. Tg. Aru)

2. Kesukarelaan penerimanya Puan Rokiah Binti Sarudin (Pengerusi Persatuan Belia Kg. Bukit Kallam)

3. Pertubuhan Belia penerimanya Persatuan Belia Kg. Lubok Temiang.

Selain itu juga Anugerah Jasa Mu Dikenang juga diberikan kepada En. Abdul Samat Bin Hj. ismail yang merupakan Naib Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Labuan 2004-2008.

Tuesday, May 26, 2009

KURSUS PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG



Kursus ini telah di adakan selama dua hari bermula pada 23 hingga 24 Mei yang lalu bertempat di Bilik Reflesia Ujana Kewangan Labuan anjuran KEMAS Labuan.

JKKK Sg. Bedaun tidak ketinggalan untuk menyertai kursus ini yang melibatkan empat orang terdiri dari Ketua Kampung KK.A.Latiff Amdan selaku (Pengerusi JKKK), En. Mursidi Mokhtar (Timbalan Pengerusi) En. Abdul Samat Hj. Ismail (Setiausaha) dan Pn. Sadiah Hj. Yacob (AJK).

Tujuan kursus tersebut adalah untuk mempelajari bagaimana cara menyediakan Pelan Tindakan Kampung, profail kampung dan juga takwim tahunan jangka pendek dan panjang mengikut garis panduan yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Penceramah kursus tersebut iaitu En. Dahali Bin Marali (Pegawai kanan Latihan) dari INFRA.

Friday, May 15, 2009

MESYUARAT KHAS JKKK





Satu mesyuarat khas JKKK Kg. Sg. Bedaun telah diadakan pada 14 Mei 2009, jam 8 malam bertempat di Balairaya Kg. Sg. Bedaun.

Mesyuarat khas ini di adakan bagi membincangkan Program Pemimpin Bersama Rakyat yang akan diadakan pada 11 Julai 2009 bermula jam 8 pagi hingga ke majlis penutupan pada sebelah malamnya yang mana tetamu kehormat iaitu Y.B. Ahli Parlimen Labuan.

Pihak JKKK yang merupakan penganjur program ini dan dibantu bersama oleh badan-badan komuniti yang terdapat di Kg. Sg. bedaun iaitu:

1. K-Bistari
2. Persatuan Belia (PERBESA)
3. Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Sg. Bedaun dan
4. Gerakan Daya Wawasan

Untuk menceriakan lagi program ini berbagai acara akan diadakan seperti:
1. Senamrobik
2. Kenduri sekampung
3. Pertandingan mewarna kanak-kanak
4. Perlawanan bolasepak wanita
5. Perlawanan tarik tali lelaki
6. Pertandingan dart
7. Persembahan kebudayaan

Diantara objektif program ini adalah bertujuan untuk:

1. Mendekatkan pemimpin dengan penduduk kampung melalui penglibatan sama dalam pengisian program.

2. Dapat mengeratkan tali silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan dikalangan penduduk kampung.

3. Penduduk kampung boleh mendapatkan informasi secara langsung melalui majlis dailog bersama Ahli parlimen Labuan dan wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan di dalam program ini.

4. Mengujudkan sebuah masyarakat yang toleransi dan penyayang berkonsepkan "Demi Untuk Kampung" dan akan dapat merealisasikan hasrat Perdana Menteri iaitu Satu Malaysia dan ianya harus bermula di peringkat akar umbi.

Thursday, May 7, 2009

PERLAWANAN TARIK TALI ANTARA KAMPUNG SEMPENA SAMBUTAN 25 TAHUN JUBLI PERAK W.P. LABUAN 2009







Pada 2 dan 3 Mei yang lalu acara perlawanan tarik tali telah diadakan di Kompleks Sukan Laut sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Wilayah Persekutuan Labuan 2009. Seramai 11 pasukan yang mewakili kampung-kampung telah menyertai acara ini termasuklah Kampung Sungai Bedaun yang telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada belia-belia dan menamakan pasukan mereka iaitu: "SITAGAP"

Dalam pertandingan ini pasukan Sungai Bedaun tidak layak masuk ke peringkat separuh akhir setelah tewas oleh pasukan Lajau. Walaupun hanya berlawan dalam pusingan awal namun semangat yang gigih dalam pasukan dapat ditunjukkan oleh penarik-penarik dan memberikan tentangan hebat kepada pasukan lain. TAHNIAH UNTUK KAMU SITAGAP. Cuba lagi ditahun hadapan.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON 4

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON 4

Pada 19 April 2009 telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 4 yang mana Kg. Sg. Bedaun telah terpilih menjadi tuan rumah. Seramai 9 orang peserta Qari dan Qariah yang mewakili kampung-kampung dalam zon 4 iaitu: Sg. Bedaun, Bebuloh, Belukut, Sg. Miri, Sg. Lada dan Sg. Buton.

Johan Qari telah disandang oleh En. Hasamuddin Bin Hj. Mohamad manakala Johan Qariah Puan Mursinah Binti Denan yang mana kedua-duanya adalah dari Kg. Sg. Bedaun.

Tuesday, April 14, 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG





Satu Majlis Gotong Royong membersihkan kawasan Balairaya dan Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun telah diadakan pada 9 April 2009 anjuran JKKK dan Jawatankuasa Masjid Nurul Iman yang melibatkan lebih 50 orang terdiri dari penduduk kampung. Turut sama hadir dalam program tersebut iaitu Ketua kampung Sungai Bedaun KK. A. Latiff Bin Amdan dan juga Pengerusi masjid Nurul Iman Tuan Hj. suhaili Bin Hj. Abu bakar.

Saturday, April 11, 2009

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA JKKK BIL:03/2009



Meyuarat jawatankuasa kerja JKKK telah diadakan pada 09 April 2009 jam 8 malam bertempat di Balairaya Kampung Sungai Bedaun, W.P. Labuan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Kampung Sungai Bedaun (KK. A. Latiff Bin Amdan selaku Pengerusi JKKK. Agenda mesyuarat yang dibincangkan iaitu:

1. Takwim JKKK 2009

2. Bancian Penduduk

3. Permohonan Projek Kampung

4. Pembentukan Biro-Biro

Saturday, April 4, 2009

MESYUARAT TILAWAH AL-QURAN ZON 4






Pada 01 April 2009 satu mesyuarat telah diadakan di Masjid Nurul Iman Kg. Sg. Bedaun yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Suhaili Bin Hj. Abu Bakar (Pengerusi Masjid Nurul Iman) bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Sg. Bedaun.

Antara tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persediaan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon 4 yang mana tahun ini Kampung Sungai Bedaun telah dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis tersebut yang akan diadakan pada 19 April 2009.

Kampung-kampung yang terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran ini terdiri dari Kampung Sg. Miri, Belukut, Bebuloh, Sg. Buton dan Sungai Bedaun dan melibatkan 20 peserta terdiri dari Qari dan Qariah yang mewakili kampung masing-masing. Majlis akan berlangsung di Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun.

Selain itu juga adalah diharapkan agar warga Kampung Sungai Bedaun dapat datang pada 12 April 2009 bermula jam 8 pagi untuk majlis gotong royong di Masjid Nurul Iman bagi membuat kerja-kerja untuk persiapan awal.




Thursday, April 2, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE 59




Pada 24 hingga 29 Mac yang lalu Perhimpunan Agung UMNO yang ke 59 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang 2,600 perwakilan dari seluruh bahagian yang akan menentukan perubahan kepimpinan UMNO pusat termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dalam persidangan kali ini tidak ketinggalan perwakilan yang telah dipilih diperingkat bahagian Labuan adalah terdiri dari ahli UMNO Kampung Sungai Bedaun iaitu KK.A. Latif Bin Amdan (G7) yang juga Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Labuan dan juga Puan Rahimah Binti Hj. Lamat Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan.

Dalam persidangan kali ini jawatan Presiden UMNO disandang oleh Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (Menang tanpa bertanding) dan Timbalan Presiden dimenangi oleh YB. Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Manakala Ketua Wanita dimenangi oleh Datuk Shahrizat Binti Abdul Jalil. Ketua Pemuda YB. Khairy Bin Jamaludin dan Manakala Ketua Puteri dimenangi oleh YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Monday, March 23, 2009

KEMPEN KESEDARAN PROGRAM KITAR SEMULA


Program Kitar Semula yang diadakan pada 22 Mac 2009 anjuran Perbadanan Labuan bersama JKKK Kampung Sungai Bedaun bertempat di Perkarangan Masjid Nurul Iman Sungai Bedaun mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Kampung Sungai Bedaun yang datang dengan membawa berbagai jenis barangan kitar semula seperti tin minuman, kertas surat khabar botol plastik dan berbagai jenis besi buruk untuk dijual kepada pihak penganjur dengan harga yang telah ditetapkan .

Antara harga yang ditawarkan iaitu:-
1. Kertas, surat khabar, majalah, buku dan kotak dengan harga RM 0.05 sen untuk 1 Kg.
2. Tin minuman dengan harga RM1.00 untuk 1 Kg.
3. Botol plastik dan segala jenis plastik dengan harga RM 0.05 sen untuk 1 Kg.
4. Tin keluli dan besi dengan harga RM 0.05 sen untuk 1 Kg.

Encik Ahmad Shahrul Arifin Bin Osman selaku pegawai dari Perbadanan Labuan yang bertanggung jawab dalam kempen ini mengatakan bahawa program ini yang dijalankan di Kampung Sungai Bedaun mengikut jadual yang telah ditetapkan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung dan ini secara langsung dapat memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya kita menjaga alam persekitaran yang sihat terutama sekali kebersihan kawasan kediaman disamping mendapat hasil dari jualan barangan berkenaan.

Selain itu juga setiap peserta yang dapat menjual hasil barangan kitar semula melebihi 10 Kg. mendapat sehelai baju T percuma dari Perbadanan Labuan.
keseluruhan berat terkumpul hasil barangan kitar semula mengikut katagori berjumlah:
1. Aluminium - 103 Kilogram
2. Besi - 540 Kilogram
3. Plastik - 294 Kilogram
4. Kertas - 643 Kilogram
JUMLAH : - 1,580 kilogram

Saturday, March 21, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN PUAN SULIANA BINTI HJ. MOHD YUSSOF DENGAN ENCIK SHAWAL BIN ABDUL RAHMAN


Pada 15 Mac 2009 yang lalu berlangsungnya Majlis Perkahwinan iaitu Puan Suliana Binti Hj. Mohd Yussof dengan pasangannya Encik Shawal Bin Abdul rahman. Puan Suliana yang berasal dari Kampung Sungai Bedaun dan bertugas sebagai Juruteknik di Perbadanan Labuan telah mengakhiri zaman bujangnya apabila ditemukan jodoh dengan suami tercinta beliau Encik Shawal Bin Abdul Rahman yang berasal dari Kampung Tanjung Aru Wilayah Persekutuan Labuan dan merupakan seorang guru sekolah.
Majlis perkahwinan tersebut sungguh meriah dengan kehadiran sanak saudara yang datang dari Wilayah Persekutuan Labuan mau pun dari Brunei Darussalam dan juga sahabat handai. Majlis ini diserikan lagi pada malam majlis berinai dengan pertandingan nyanyian karaoke veteran, pertandingan dart, teka gula-gula dan kacang dan tidak ketinggalan juga persembahan dari Kumpulan Warisan Budaya Sungai Bedaun yang turut menghiburkan para tetamu dengan lagu-lagu moden dan irama ghazal.
"SEMOGA PERKAHWINAN INI AKAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT"...Amin.

Sunday, March 15, 2009

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO (JKKK) KAMPUNG SUNGAI BEDAUN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Bedaun dengan ini menjemput semua warganegara Malaysia penduduk jati dan Perumahan KPD Kampung Sungai Bedaun untuk menyertai pertandingan mencipta logo yang akan diguna pakai oleh (JKKK) Kampung Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan.

Pihak Penganjur akan menyediakan hadiah kepada para pemenang iaitu:-

Pertama - Wang Tunai RM 200.00 Dan Sijil Penghargaan

Kedua - Wang Tunai RM 150.00 Dan Sijil Penghargaan

Ketiga - Wang Tunai RM 100.00 Dan Sijil perhargaan

Penyertaan dibuka daripada 11 Mac Hingga 11 April 2009 dan Untuk maklumat lanjut mengenai syarat- syarat pertandingan anda boleh terus berhubung kepada Setiausaha (JKKK) ditalian 019-5802366/087-408644

Wednesday, March 11, 2009

PROGRAM HARI KELUARGA KAMPUNG SUNGAI BEDAUN






Pada bulan februari yang lalu Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Sungai Bedaun telah menganjurkan Program Hari Keluarga yang melibatkan semua lapisan mesyarakat Kampung Sungai Bedaun.

Program ini berlangsung bermula pada 15 dan 21 februari 2009 bertempat di Padang dan Dewan Permata S.K. Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan dan Majlis Pelancarannya disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal (Ahli Parlimen Labuan) pada 15 mac 2009 bertempat di Dewan Permata S.K. Sungai Bedaun manakala Majlis Penutupannya dirasmikan oleh Encik Rozman Bin Datuk Hj. Isli (Setiausaha UMNO Bahagian Labuan) pada 21 mac 2009 juga bertempat di Dewan Permata S.K. Sungai Bedaun.

Program ini merupakan aktiviti yang pertama untuk tahun ini dan insyaallah ianya akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan. Selain itu juga program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dikalangan warga penduduk kampung melalui acara-acara yang telah disusun dan mengambil sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Labuan diistiharkan sebagai Wilayah Persekutuan.

Berbagai acara telah dijalankan sebagai pengisian program diantaranya perlawanan bolasepak 5 sebelah yang berlangsung pada 15 mac 2009 manakala pada 21 mac 2009 berlangsungnya acara sukaneka, tarik tali, pakaian beragam, pertandingan nyanyian irama 60an, cabutan tiket bertuah dan pada majlis penutupan program ini juga diselitkan penyampaian sijil perlantikan AJK JKKK Sungai Bedaun untuk penggal 2008-2010. Selain itu gerai makanan dan juga khidmat masyarakat juga diselitkan iaitu membuat pemeriksaan tekanan darah dan khidmat kaunseling kesihatan untuk penduduk kampung oleh jururawat-jururawat terlatih yang terdiri dari warga kampung sendiri.

Tuesday, March 10, 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430H PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN



Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi kita sama-sama dapat meraikan Sambutan Maulidurrasul 1430H yang berlangsung pada 09 Mac 2009 di Dataran Labuan yang disempurnakan perasmiannya oleh Y.B. Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal Ahli Parlimen Labuan.

Bagi warga Kampung Sungai Bedaun juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyertai perarakan yang melibatkan lebih kurang seratus orang peserta terdiri dari golongan dewasa, belia dan juga kanak-kanak yang turut mengambil bahagian dalam perarakan, ini menunjukkan semangat kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Selain itu juga Kampung Sungai Bedaun telah menjadi johan katagori kampung dalam pertandingan sepanduk dan perbarisan "TAHNIAH" manakala bagi katagori Sekolah Rendah Agama Islam Tempat pertama dimenangi oleh SRAI Kampung Sungai Bedaun 'TAHNIAH' sekali lagi.

Bagi pihak JKKK Kampung Sungai Bedaun merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan khususnya Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun, Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Sungai Bedaun, Para Belia dan seterusnya warga kampung yang turut menjayakan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1430H.

Monday, March 9, 2009

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami pihak Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Bedaun telah mengambil satu lagi langkah untuk menjadikan pentadbiran JKKK Kampung Sungai Bedaun lebih interaktif khususnya dalam era teknologi maklumat.

Dengan adanya blog ini ianya akan dapat dimanfaatkan oleh bukan sahaja pihak JKKK Kampung Sungai Bedaun malah juga warga kampung dan semua pihak yang ingin berkongsi idea dan mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti Kampung Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan. Selain itu blog ini juga akan dapat membantu memperkenalkan Kampung ini bukan sahaja di peringkat negeri, nasional malah juga di peringkat global.