Tuesday, April 14, 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG





Satu Majlis Gotong Royong membersihkan kawasan Balairaya dan Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun telah diadakan pada 9 April 2009 anjuran JKKK dan Jawatankuasa Masjid Nurul Iman yang melibatkan lebih 50 orang terdiri dari penduduk kampung. Turut sama hadir dalam program tersebut iaitu Ketua kampung Sungai Bedaun KK. A. Latiff Bin Amdan dan juga Pengerusi masjid Nurul Iman Tuan Hj. suhaili Bin Hj. Abu bakar.

Saturday, April 11, 2009

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA JKKK BIL:03/2009



Meyuarat jawatankuasa kerja JKKK telah diadakan pada 09 April 2009 jam 8 malam bertempat di Balairaya Kampung Sungai Bedaun, W.P. Labuan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Kampung Sungai Bedaun (KK. A. Latiff Bin Amdan selaku Pengerusi JKKK. Agenda mesyuarat yang dibincangkan iaitu:

1. Takwim JKKK 2009

2. Bancian Penduduk

3. Permohonan Projek Kampung

4. Pembentukan Biro-Biro

Saturday, April 4, 2009

MESYUARAT TILAWAH AL-QURAN ZON 4






Pada 01 April 2009 satu mesyuarat telah diadakan di Masjid Nurul Iman Kg. Sg. Bedaun yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Suhaili Bin Hj. Abu Bakar (Pengerusi Masjid Nurul Iman) bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung Sg. Bedaun.

Antara tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persediaan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon 4 yang mana tahun ini Kampung Sungai Bedaun telah dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis tersebut yang akan diadakan pada 19 April 2009.

Kampung-kampung yang terlibat dalam Majlis Tilawah Al-Quran ini terdiri dari Kampung Sg. Miri, Belukut, Bebuloh, Sg. Buton dan Sungai Bedaun dan melibatkan 20 peserta terdiri dari Qari dan Qariah yang mewakili kampung masing-masing. Majlis akan berlangsung di Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun.

Selain itu juga adalah diharapkan agar warga Kampung Sungai Bedaun dapat datang pada 12 April 2009 bermula jam 8 pagi untuk majlis gotong royong di Masjid Nurul Iman bagi membuat kerja-kerja untuk persiapan awal.




Thursday, April 2, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE 59




Pada 24 hingga 29 Mac yang lalu Perhimpunan Agung UMNO yang ke 59 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang 2,600 perwakilan dari seluruh bahagian yang akan menentukan perubahan kepimpinan UMNO pusat termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dalam persidangan kali ini tidak ketinggalan perwakilan yang telah dipilih diperingkat bahagian Labuan adalah terdiri dari ahli UMNO Kampung Sungai Bedaun iaitu KK.A. Latif Bin Amdan (G7) yang juga Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Labuan dan juga Puan Rahimah Binti Hj. Lamat Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan.

Dalam persidangan kali ini jawatan Presiden UMNO disandang oleh Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (Menang tanpa bertanding) dan Timbalan Presiden dimenangi oleh YB. Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Manakala Ketua Wanita dimenangi oleh Datuk Shahrizat Binti Abdul Jalil. Ketua Pemuda YB. Khairy Bin Jamaludin dan Manakala Ketua Puteri dimenangi oleh YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.