Wednesday, May 27, 2009

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN



Sambutan Hari Belia Negara 2009 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 24 Mei 2009 bertempat di Dewan Konvensen Ujana Kewangan Labuan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Yussof Bin Hj. Mahal.

Sempana sambutan ini juga berlangsungnya penyampaian bagi penerima-penerima anugerah belia perdana katagori:

1. Kepimpinan penerimanya En. Muslim Bin Mustapha (Pengerusi Persatuan Belia Kg. Tg. Aru)

2. Kesukarelaan penerimanya Puan Rokiah Binti Sarudin (Pengerusi Persatuan Belia Kg. Bukit Kallam)

3. Pertubuhan Belia penerimanya Persatuan Belia Kg. Lubok Temiang.

Selain itu juga Anugerah Jasa Mu Dikenang juga diberikan kepada En. Abdul Samat Bin Hj. ismail yang merupakan Naib Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Labuan 2004-2008.

Tuesday, May 26, 2009

KURSUS PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KAMPUNG



Kursus ini telah di adakan selama dua hari bermula pada 23 hingga 24 Mei yang lalu bertempat di Bilik Reflesia Ujana Kewangan Labuan anjuran KEMAS Labuan.

JKKK Sg. Bedaun tidak ketinggalan untuk menyertai kursus ini yang melibatkan empat orang terdiri dari Ketua Kampung KK.A.Latiff Amdan selaku (Pengerusi JKKK), En. Mursidi Mokhtar (Timbalan Pengerusi) En. Abdul Samat Hj. Ismail (Setiausaha) dan Pn. Sadiah Hj. Yacob (AJK).

Tujuan kursus tersebut adalah untuk mempelajari bagaimana cara menyediakan Pelan Tindakan Kampung, profail kampung dan juga takwim tahunan jangka pendek dan panjang mengikut garis panduan yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Penceramah kursus tersebut iaitu En. Dahali Bin Marali (Pegawai kanan Latihan) dari INFRA.

Friday, May 15, 2009

MESYUARAT KHAS JKKK





Satu mesyuarat khas JKKK Kg. Sg. Bedaun telah diadakan pada 14 Mei 2009, jam 8 malam bertempat di Balairaya Kg. Sg. Bedaun.

Mesyuarat khas ini di adakan bagi membincangkan Program Pemimpin Bersama Rakyat yang akan diadakan pada 11 Julai 2009 bermula jam 8 pagi hingga ke majlis penutupan pada sebelah malamnya yang mana tetamu kehormat iaitu Y.B. Ahli Parlimen Labuan.

Pihak JKKK yang merupakan penganjur program ini dan dibantu bersama oleh badan-badan komuniti yang terdapat di Kg. Sg. bedaun iaitu:

1. K-Bistari
2. Persatuan Belia (PERBESA)
3. Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Sg. Bedaun dan
4. Gerakan Daya Wawasan

Untuk menceriakan lagi program ini berbagai acara akan diadakan seperti:
1. Senamrobik
2. Kenduri sekampung
3. Pertandingan mewarna kanak-kanak
4. Perlawanan bolasepak wanita
5. Perlawanan tarik tali lelaki
6. Pertandingan dart
7. Persembahan kebudayaan

Diantara objektif program ini adalah bertujuan untuk:

1. Mendekatkan pemimpin dengan penduduk kampung melalui penglibatan sama dalam pengisian program.

2. Dapat mengeratkan tali silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan dikalangan penduduk kampung.

3. Penduduk kampung boleh mendapatkan informasi secara langsung melalui majlis dailog bersama Ahli parlimen Labuan dan wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan di dalam program ini.

4. Mengujudkan sebuah masyarakat yang toleransi dan penyayang berkonsepkan "Demi Untuk Kampung" dan akan dapat merealisasikan hasrat Perdana Menteri iaitu Satu Malaysia dan ianya harus bermula di peringkat akar umbi.

Thursday, May 7, 2009

PERLAWANAN TARIK TALI ANTARA KAMPUNG SEMPENA SAMBUTAN 25 TAHUN JUBLI PERAK W.P. LABUAN 2009







Pada 2 dan 3 Mei yang lalu acara perlawanan tarik tali telah diadakan di Kompleks Sukan Laut sempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak Wilayah Persekutuan Labuan 2009. Seramai 11 pasukan yang mewakili kampung-kampung telah menyertai acara ini termasuklah Kampung Sungai Bedaun yang telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada belia-belia dan menamakan pasukan mereka iaitu: "SITAGAP"

Dalam pertandingan ini pasukan Sungai Bedaun tidak layak masuk ke peringkat separuh akhir setelah tewas oleh pasukan Lajau. Walaupun hanya berlawan dalam pusingan awal namun semangat yang gigih dalam pasukan dapat ditunjukkan oleh penarik-penarik dan memberikan tentangan hebat kepada pasukan lain. TAHNIAH UNTUK KAMU SITAGAP. Cuba lagi ditahun hadapan.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON 4

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON 4

Pada 19 April 2009 telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 4 yang mana Kg. Sg. Bedaun telah terpilih menjadi tuan rumah. Seramai 9 orang peserta Qari dan Qariah yang mewakili kampung-kampung dalam zon 4 iaitu: Sg. Bedaun, Bebuloh, Belukut, Sg. Miri, Sg. Lada dan Sg. Buton.

Johan Qari telah disandang oleh En. Hasamuddin Bin Hj. Mohamad manakala Johan Qariah Puan Mursinah Binti Denan yang mana kedua-duanya adalah dari Kg. Sg. Bedaun.