Thursday, April 2, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE 59




Pada 24 hingga 29 Mac yang lalu Perhimpunan Agung UMNO yang ke 59 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang 2,600 perwakilan dari seluruh bahagian yang akan menentukan perubahan kepimpinan UMNO pusat termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dalam persidangan kali ini tidak ketinggalan perwakilan yang telah dipilih diperingkat bahagian Labuan adalah terdiri dari ahli UMNO Kampung Sungai Bedaun iaitu KK.A. Latif Bin Amdan (G7) yang juga Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Labuan dan juga Puan Rahimah Binti Hj. Lamat Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan.

Dalam persidangan kali ini jawatan Presiden UMNO disandang oleh Y.A.B. Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (Menang tanpa bertanding) dan Timbalan Presiden dimenangi oleh YB. Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin. Manakala Ketua Wanita dimenangi oleh Datuk Shahrizat Binti Abdul Jalil. Ketua Pemuda YB. Khairy Bin Jamaludin dan Manakala Ketua Puteri dimenangi oleh YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

No comments:

Post a Comment